Berkawan baik sejak sama-sama membintangi filem No Entry pada 2005, pelakon Bollywood, Lara Dutta mendedahkan tabiat pelakon Salman Khan yang sering menghubunginya.
Malah, Lara berkata, aktor itu selalu menghubunginya pada waktu tengah malam.
“Dia masih menghubungi saya selepas tengah malam kerana dia akan bangun pada waktu itu,” ujar Lara.
Selain Salman, Lara turut menceritakan tabiat dua lagi hero Bollywood iaitu Akshay Kumar dan Sanjay Dutt yang masih belum berubah.
“Akshay akan bangun tidur awal sebelum orang lain memulakan hari mereka.
“Sanjay pula seorang yang pemalu, dia lebih banyak berdiam,” ujarnya.
Lara membuat kemunculan pertama dalam dunia Bollywood menerusi filem Andaaz bersama Akshay dan kali terakhir mereka berganding adalah dalam filem BellBottom pada tahun 2021.
Manakala, dengan Sanjay pula mereka pernah berlakon sama menerusi filem Zinda pada tahun 2006. – Agensi