Larangan dua tahun terlalu panjang – De Bruyne

LONDON, 7 JUN – Rayuan Manchester City terhadap larangan dua tahun dari menyertai sebarang pertandingan Eropah akan didengar Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) esok.

City dituduh melebih-lebihkan pendapatan penajaan untuk menyembunyikan bahawa mereka tidak mematuhi peraturan permainan adil UEFA (FFP) antara 2012 dan 2016 dan juga dikenakan denda 30 juta euro (AS$34 juta). Kes UEFA dicetuskan ketika majalah Jerman Der Spiegel menerbitkan e-mel yang dibocorkan pada tahun 2018 yang menunjukkan bagaimana City menghasilkan pendapatan penajaan tambahan dari sebilangan syarikat yang mempunyai hubungan dengan pemilik kelab itu yang berpangkalan di Abu Dhabi, Sheikh Mansour.

“Dua tahun itu terlalu panjang. Satu tahun adalah sesuatu yang mungkin dapat saya atasi,” kata De Bruyne pada bulan lalu. Larangan itu dan pendapatan komersial akan menjadikan kelab sangat sukar untuk memenuhi peraturan FFP pada masa akan datang tanpa mengurangkan pembayaran. – AFP

Aksi De Bryune semasa perlawanan yang lalu. Kevin berkata larangan dua tahun itu adalah terlalu panjang. – AP