BEIJING, 13 SEPT – China hari ini menafikan ada larangan terhadap pegawai membeli atau menggunakan telefon asing, termasuk iPhone, setelah laporan mengatakan Beijing melarang penjawat awam menggunakan telefon bimbit Apple.
“China tidak mengeluarkan sebarang undang-undang, peraturan dan dasar bertulis yang melarang pembelian atau penggunaan telefon pintar jenama luar, termasuk iPhone,” kata jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning semasa taklimat.
“Kami sentiasa mempunyai sikap terbuka terhadap perniagaan yang dibiayai oleh syarikat luar,” tambahnya.
Saham Apple menjunam minggu lalu berikutan laporan sekatan China terhadap iPhone di pejabat-pejabat kerajaan dan entiti yang disokong negara.
The Wall Street Journal kali pertama melaporkan bahawa China telah mengharamkan penggunaan telefon pintar Appole di agensi-agensi pusat kerajaan.
Ia disusuli oleh berita daripada Bloomberg News bahawa China merancang untuk memperluaskan larangan bagi agensi-agensi yang disokong kerajaan dan syarikat-syarikat negara, melebarkan kesan dasar dalam ekonomi yang dirancang.
Mao walau bagaimanapun berkata bahawa China ‘melayan perniagaan domestik dan yang dibiayai luar dalam cara yang sama dan saksama’.
“Kerajaan China menekankan kepentingan penting terhadap maklumat dan keselamatan siber,” tambahnya.- AFP
