Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Larangan hijab cetus ketegangan di Karnataka

    NEW DELHI, 8 FEB – Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila gadis Islam datang ke kelas memakai hijab.

    Negeri yang diperintah oleh nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) tegang selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.

    Tindakan itu mencetuskan bantahan oleh pelajar Islam, keluarga dan kumpulan masyarakat mereka yang mengatakan tindakan itu merupakan diskriminasi agama.

    Ramai gadis diganggu di khalayak ramai oleh pelajar yang berpihak kepada kumpulan nasionalis Hindu.

    “Saya merayu kepada semua pelajar, guru dan pengurusan sekolah dan kolej serta penduduk Karnataka untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Saya telah mengarahkan penutupan semua sekolah menengah dan kolej untuk tiga hari akan datang.

    Semua yang berkenaan diminta memberikan kerjasama,” ciap Ketua Menteri Karnataka Basavaraj Bommai di Twitter hari ini.

    Bantahan turut dianjurkan di luar Udupi sebagai sokongan terhadap pelajar berhijab. Mahkamah Tinggi Karnataka mendengar kes itu hari ini dan akan mendengar hujah lanjut pada Rabu. – Bernama

    Pelajar Muslim India memegang pelekat sambil melaungkan slogan di New Delhi, semasa tunjuk perasaan larangan pemakaian hijab bagi budak perempuan Islam di sekolah-sekolah dan kolej di negeri selatan India, Karnataka, 8 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...