Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larangan media sosial kanak-kanak kurangkan ‘kemudaratan’ – Australia

    SYDNEY, 29 NOV – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata hari ini, undang-undang yang melarang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada menggunakan media sosial akan ‘mengurangkan bahaya’ kepada kanak-kanak.

    Tindakan keras terhadap laman web seperti Facebook, Instagram dan X, yang diluluskan oleh parlimen lewat kelmarin akan membawa kepada “hasil yang lebih baik dan kurang mudarat untuk anak muda Australia”, katanya kepada pemberita.

    Kerajaan tidak menjangkakan undang-undang baharu itu akan dilaksanakan dengan sempurna, kata Albanese apabila membandingkan larangan alkohol untuk kanak-kanak bawah 18 tahun yang kadangkala boleh dielakkan.

    “Tetapi kami tahu bahawa ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di Canberra.

    Banyak platform kini mempunyai ‘tanggungjawab sosial’ untuk menjadikan keselamatan kanak-kanak sebagai keutamaan, kata perdana menteri.

    “Kami menyokong awda, adalah mesej kami kepada ibu bapa Australia.”

    Firma media sosial yang didenda sehingga AS$32.5 juta kerana gagal mematuhinya, menyifatkan undang-undang berkenaan sebagai ‘kabur’, ‘bermasalah’ dan ‘tergesa-gesa’.

    Perundangan itu akan berkuat kuasa selepas 12 bulan, tetapi pada masa ini hampir tiada butiran mengenai cara peraturan itu akan dikuatkuasakan seterusnya menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar bahawa ia hanya akan menjadi perundangan simbolik yang tidak boleh dikuatkuasakan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda