Larangan orang kulit hitam, McDonald’s minta maaf

BEIJING, 14 APRIL – Rangkaian makanan segera AS, McDonald’s hari ini memohon maaf selepas satu tanda memberitahu orang kulit hitam bahawa mereka dilarang memasuki sebuah cawangan di selatan China, membangkitkan kemarahan online, susulan laporan layanan diskriminasi terhadap rakyat Afrika di bandar itu.

Ketegangan tercetus antara polis dan warga Afrika di metropolis selatan Guangzhou selepas pegawai tempatan mengumumkan satu kluster kes COVID-19 di sebuah kejiranan yang mempunyai populasi besar migran.

Ketika pertikaian itu semakin memburuk, satu pos dikongsi secara meluas dalam talian menunjukkan satu tanda di rangkaian makanan segera McDonald’s mengatakan orang kulit hitam tidak dibenarkan memasuki restoran itu. Cawangan itu bagaimanapun mengeluarkan pernyataan maaf dan seorang jurucakap McDonald’s memberitahu AFP bahawa notis itu ‘tidak mewakili nilai-nilai kebersamaan kami.’

Dalam satu kenyataan e-mel, McDonald’s mengatakan ia menge-luarkan tanda itu dan menutup sementara restorannya di Guangzhou ‘serta merta sebaik sahaja mengetahui mengenai notis tidak disahkan dengan pelanggan kami.’ – AFP