Larangan perlu dipatuhi
JOHOR BAHRU, 28 Jan – Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang anggotanya yang melanggar larangan merokok di premis makanan hingga telah menjadi tular dalam media sosial, semalam. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, arahan telah diberikan kepada pengarah jabatan yang berkenaan untuk mengenal pasti anggota tersebut bagi membolehkan tindakan dibuat.

































