Larangan terhadap ICRC digugurkan

KABUL, 15 SEPT – Taliban Afghanistan membatalkan larangan selama sebulan terhadap Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang bekerja di bawah kawalan mereka hari ini dan kembali memberikan jaminan keselamatan bagi mereka yang bekerja untuk organisasi.

Para militan dan ICRC ‘bersetuju untuk mematuhi perjanjian lama di atas perjanjian baharu dalam bantuan kemanusiaan yang akan memberikan kebenaran kepada ICRC untuk meneruskan kerja-kerja bantuan mereka,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam satu kenyataan.

Pejuang Taliban telah diarahkan untuk ‘membuka jalan bagi sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ICRC,” tambahnya.

“Kami mengalu-alukan pengiktirafan prinsip kemanusiaan dan pembaharuan jaminan keselamatan untuk membolehkan kami bekerja di Afghanistan dan memberi bantuan kepada orang yang terjejas akibat konflik bersenjata,” kata Ketua ICRC, Schaerer Juan-Pedro di Kabul dalam Twitter.

Pada April lalu, pemberontak mengharamkan kedua-dua ICRC dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) daripada menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan di kawasan-kawasan di bawah kawalan mereka dan membatalkan jaminan keselamatan.

Taliban tidak menyebut WHO dalam pengumuman itu, yang dikatakan datang berikutan perbincangan dengan ICRC di Doha.

Pada Ogos tahun lepas, Taliban buat sementara waktu menarik balik jaminan keselamatan untuk ICRC, menuduh kumpulan antarabangsa itu gagal memenuhi kewajiban misinya untuk memantau keadaan tahanan di penjara Afghanistan dan memberikan bantuan perubatan kepada tahanan Taliban.

Taliban terus menyerang Afghanistan selepas para tentera berikrar untuk meneruskan pertempuran dan selepas Presiden AS, Donald Trump membatalkan rundingan dengan segera yang bertujuan untuk membuka jalan bagi penarikan keluar tentera Amerika dari Afghanistan. – AFP

Seorang penduduk tempatan bersama seo-rang kanak-kanak ketika menunggu bantuan perubatan daripada ICRC di salah sebuah pusat perubatan di Kabul. ICRC telah menghulurkan bantuan dari segi perubatan untuk Afghanistan lebih daripada 30 tahun. – AFP