Larian Hari Kebangsaan dibatalkan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Dengan mengambil kira situasi jangkitan COVID-19 di negara ini masih dalam langkah berjaga-jaga, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa Larian Hari Kebangsaan adalah dibatalkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KKBS, pembatalan acara anjuran kementerian berkenaan melalui Jabatan Belia dan Sukan berkenaan adalah atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, peserta yang belum sempat mengambil baju T larian berkenaan boleh mendapatkannya di Urus Setia Larian Kebangsaan, Bahagian Sukan, Tingkat 6, Bangunan KKBS sehingga 22 Julai depan.