Larian Hari Sarawak Ahad ini

BINTULU, 16 JULAI – Larian Hari Sarawak edisi keempat pada 21 Julai ini bakal menyaksikan penyertaan lebih 2,000 pelari tempatan dan luar negara.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, antara pelari dari luar negara yang telah mengesahkan penyertaan dalam acara anjuran kerajaan negeri itu  ialah Filipina, Singapura, China, Afrika Selatan, Belgium, United Kingdom dan pelari tempatan dari negeri lain di Semenanjung.

“Selain bersempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai di Bintulu, larian ini bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat dan pelancongan sukan selari dengan Kempen Melawat Sarawak,” menurut kenyataan UKAS hari ini. – Bernama