Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Larian Karnival 90 Pengakap meriah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Ratusan peserta sama-sama mengambil bahagian dan memeriahkan lagi acara Larian Karnival 90 (K90) sempena 90 Tahun Pergerakan Pengakap di Negara Brunei Darussalam, yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

    Acara larian yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dengan kerjasama Sport Event Hub itu dihadiri dan disertai oleh Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Badar bin Haji Ali serta ahli-ahli jawatankuasa kerja larian.

    Acara didahului dengan sesi senamrobik beramai-ramai sebelum pelepasan peserta bagi larian 10 kilometer (km) yang disempurnakan oleh Pengiran Mohammad Amirrizal yang kemudiannya turut mengambil bahagian dalam acara larian sejauh 3km.

    Pengiran Mohammad Amirrizal juga diberikan penerangan dan menyaksikan pameran yang diadakan bagi menyerikan lagi acara.

    Pengiran Mohammad Amirrizal menyertai acara larian sejauh 3km yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Pengiran Mohammad Amirrizal menyampaikan hadiah kepada johan larian 10km Lelaki Terbuka, Awang Mohd Haziq. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Pengiran Mohammad Amirrizal bergambar ramai dengan pemenang Larian 10km Lelaki Veteran. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam larian sejauh 3km semasa Larian K90, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Pengiran Mohammad Amirrizal diberikan penerangan dan menyaksikan pameran yang diadakan untuk menyerikan lagi acara Larian K90, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.

    Di akhir acara, Pengiran Mohammad Amirrizal telah menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada penaja-penaja acara larian serta menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kategori larian 10km.

    Johan bagi larian 10km Lelaki Terbuka ialah Awang Mohd Haziq Syawan, johan larian 10km Lelaki Veteran ialah Awang Sefli Ahar, johan larian 10km Perempuan Terbuka ialah Dayang Nur Suhara dan johan larian 10km Perempuan Veteran ialah Evia Lian.

    Acara larian itu merupakan sebagai satu penghargaan kepada PPNBD dalam melahirkan ahli-ahli pengakap yang mempunyai kemahiran dalam berpengakap, sebagai satu amalan gaya hidup sihat serta mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam kalangan PPNBD dengan orang ramai serta menjadikan kegiatan riadah luar rumah dan sukan sebahagian daripada amalan dan budaya masyarakat setempat.

    Pergerakan pengakap di negara ini mula ditubuhkan pada 1933 dengan keramaian ahlinya di peringkat awal seramai 12 orang, dan sejak itu melangkah setapak demi setapak mengikuti arus dan perkembangan pergerakan pengakap seluruh dunia sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

    Berdasarkan perjalanan pergerakan pengakap yang telah mencapai usianya 90 tahun, berbagai-bagai kejayaan dan kecemerlangan telah dicapai oleh PPNBD hasil daripada bimbingan kepimpinan yang terdahulu.

    Pelbagai program telah dirancang sepanjang 2023 bagi memeriahkan acara K90, salah satu acara tersebut ialah acara larian. Acara kemuncak sambutan adalah Jambori Nasional ke-5 yang akan dilaksanakan pada Disember nanti.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...