QALAT, Afghanistan, 24 Sept – Seorang tahanan Taliban meloloskan diri dari sebuah penjara selepas melucutkan senjata sebelum membunuh seorang warden dan mencederakan dua lagi di wilayah Zabul yang terletak di selatan Afghanistan, kata seorang pegawai kerajaan hari ini.
“Insiden itu berlaku pada lewat petang semalam ketika seorang banduan Taliban secara senyap-senyap telah merampas senjata api seorang pegawai penjara yang sedang menunaikan solat Asar di daerah Shar-e-Safa sebelum membunuhnya dan mencederakan dua lagi,” kata Gul Islam Sayyal, jurucakap kerajaan wilayah kepada agensi berita China Xinhua.
Sayyal berkata mangsa yang cedera termasuk ketua polis daerah dan penyerang berjaya memboloskan diri selepas membakar resepsi penjara.
Polis telah memulakan pemburuan bagi mengesan banduan yang lolos itu di kawasan kediaman berhampian. – Bernama