Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Larutan dosa

MARI kita mengenali definisi larutan. Larutan ialah hasil campuran yang terbentuk apabila zat terlarut melarut dalam pelarut.

Apa pula zat terlarut? Zat terlarut ialah bahan yang boleh melarut dalam cecair. Sementara pelarut ialah cecair yang boleh melarutkan badan. Sebagai contoh larutan air gula. Air gula terhasil apabila gula yang merupakan zat terlarut dicampurkan dengan air iaitu sejenis bahan pelarut.

Namun, apabila zat terlarut berlebihan di dalam pelarut, ia dinamakan larutan tepu. Kadar keterlarutan sesuatu zat terlarut dipengaruhi dengan beberapa faktor iaitu:

1. Semakin tinggi suhu pelarut, kadar keterlarutan lebih tinggi.

2. Semakin tinggi kadar kacauan, kadar keterlarutan lebih tinggi.

3. Semakin kecil saiz zat terlarut, kadar keterlarutan lebih tinggi.

Hati larut dengan dosa?

Bagaikan hati manusia, dosa yang kita lakukan setiap hari secara sedar atau tidak sedar akan menempal dalam hati kita. Jika dosa itu zat terlarut yang melarut dalam hati, bagaimana agaknya keadaan hati kita?

Emosi yang negatif termasuklah memandang rendah terhadap diri sendiri dan orang lain, iri hati dengan rezeki kehidupan orang lain atau tidak menerima takdir kehidupan. Syaitan akan berusaha membisikkan kata-kata dengki dan iri hati serta mencadangkan beberapa tindakan yang kurang sihat.

Tempat yang sering kita kunjungi turut mempengaruhi akhlak. Jika kita sering ke majlis ilmu dan mendengar tazkirah, hati kita akan selalu mendengar perkara-perkara yang baik.
Tempat yang sering kita kunjungi turut mempengaruhi akhlak. Jika kita sering ke majlis ilmu dan mendengar tazkirah, hati kita akan selalu mendengar perkara-perkara yang baik.
Bagaikan hati manusia, dosa yang kita lakukan setiap hari secara sedar atau tidak sedar akan menempal dalam hati kita. Jika dosa itu zat terlarut yang melarut dalam hati, bagaimana agaknya keadaan hati kita?
Bagaikan hati manusia, dosa yang kita lakukan setiap hari secara sedar atau tidak sedar akan menempal dalam hati kita. Jika dosa itu zat terlarut yang melarut dalam hati, bagaimana agaknya keadaan hati kita?

Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Ketahuilah sesungguhnya dalam hati ada segumpal daging yang kalau daging itu baik, maka akan baik pula seluruh anggota tubuh, dan kalau daging itu rosak, maka akan rosak pula seluruh anggota tubuh, ketahuilah itu ialah hati.” (Muttafaq ‘Alaih)

Kadar keterlarutan dosa

Kadar keterlarutan dosa itu pula dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah:

Keadaan emosi

Semakin tinggi kenegatifan hati semakin cepat dosa itu terlarut dalam hati kita. Emosi yang negatif termasuklah memandang rendah terhadap diri sendiri dan orang lain, iri hati dengan rezeki kehidupan orang lain atau tidak menerima takdir kehidupan.

Semasa fikiran dan emosi kita negatif, syaitan akan berusaha untuk membisikkan kejahatan kepada manusia untuk melakukan dosa. Sebagai contoh, si A melihat si B bergaji besar dan berkereta sedangkan si A hanya berkecil kecil.

Syaitan akan berusaha membisikkan kata-kata dengki dan iri hati serta mencadangkan beberapa tindakan yang kurang sihat. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang bermaksud:

“Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia menampakkan kedengkiannya.” (Surah Al-Falaq, ayat 5)

Pengaruh persekitaran

Semakin tinggi kadar pengaruh persekitaran, semakin tinggi kadar keterlarutan dosa itu dalam hati kita. Pengaruh persekitaran termasuklah kawan-kawan yang bergaul dengan kita.

Jika kita berkawan dengan kawan-kawan yang baik, Insya-Allah akan baiklah tindak-tanduk dan akhlak kita. Sukar untuk kita membuat dosa kecuali ketika bersendirian. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Rakan yang soleh dan rakan yang jahat adalah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan kamu, sama ada kamu membelinya atau hanya mendapat bau harumnya. Namun tukang besi pula boleh menyebabkan rumah atau baju kamu terbakar atau kamu mendapat bau busuk.” (Riwayat Al-Bukhari)

Tempat yang sering kita kunjungi turut mempengaruhi akhlak. Jika kita sering ke majlis ilmu dan mendengar tazkirah, hati kita akan selalu mendengar perkara-perkara yang baik.

Jenis dosa

Dosa kecil yang dilakukan tetapi berterusan lebih cepat terlarut dalam hati kita berbanding dengan dosa besar. Oleh sebab itu, tidak boleh memandang remeh dosa-dosa kecil. Dosa-dosa kecil yang sering dilakukan lebih mudah menyerap dalam hati.

Kebiasaan yang menuju kebinasaan sekalipun nampak ringan akan menjadikan kita semakin semakin menghampiri kebinasaan. Syaitan lebih suka membisikkan kepada kita agar memandang remeh pada dosa kecil. Namun, itu bukanlah bermaksud dosa besar tidak menyebabkan kesan yang besar pada hati.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -