Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Last Generation halang lalu-lintas Berlin

    BERLIN, 18 SEPT – Aktivis iklim Last Generation bertindak menghalang lalu lintas di beberapa kawasan di Berlin hari ini, seterusnya memulakan gelombang protes yang berterusan bagi menuntut penggunaan bahan api fosil dihentikan.

    Pada pagi tadi, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.

    Kumpulan Last Generation mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 23 tunjuk perasaan di sekitar ibu negara Jerman, manakala susur keluar lebuh raya serta jalan menuju ke Berlin turut terjejas.

    Di beberapa kawasan, aktivis melekatkan diri mereka di jalan dengan menggunakan gam, yang menjadi strategi kebiasaan kumpulan itu.

    Polis berkata bahawa beberapa daripada mereka menggunakan campuran gam yang sangat kuat, menjadikan usaha untuk menyuraikan mereka lebih sukar.

    Sebanyak 500 pegawai polis telah dikerah untuk mengendalikan sekatan itu.

    Tuntutan kumpulan itu termasuk penggunaan bahan api fosil dihentikan menjelang tahun 2030. – Bernama

    Polis mengepung aktivis iklim Last Generation yang menyekat jalan untuk menarik perhatian kepada kecemasan iklim pada 18 September di Berlin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...