Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lata Mangeshkar lalui kisah cinta menyedihkan

    Dunia hiburan Bollywood terus diselubungi kesedihan selepas pemergian penyanyi bersuara emas, Lata Mangeshkar pada Ahad lalu.

    Kematian penyanyi berusia 92 tahun itu merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik di India.

    Pemergiannya itu dirasai oleh rakan selebriti, pembesar negara dan peminat yang sudah membesar dengan suara nyanyiannya sepanjang hidup mereka.

    Namun cerita yang paling menarik perhatian ramai adalah mengenai kisah peribadi Lata Mangeshkar yang diketahui umum tidak pernah berkahwin.

    Menurut laporan Tabloid, Lata pernah melalui perjalanan cinta menyakitkan dengan seorang bangsawan India bernama Raj Singh.

    Lata pernah melalui perjalanan cinta menyakitkan dengan seorang bangsawan India bernama Raj Singh. – Agensi

    Bermula sebagai sahabat baik, mereka kemudiannya menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

    Namun impian pasangan ini tidak kesampaian kerana perbezaan kasta.

    Sumber memberitahu ayah Raj sangat menentang hubungan mereka itu kerana Lata hanya merupakan seorang penyanyi.

    Meskipun berat hati dengan keputusan bapanya, Raj terpaksa akur melepaskan cinta hatinya itu.

    Kesedihan itu dirasai oleh Lata dan reda hubungan mereka tidak berakhir seperti diharapkan.

    Lalu mereka berdua bersepakat untuk tidak berkahwin. Raj meninggal dunia pada 12 September 2009 di usia 73 tahun kerana Alzheimer. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...