Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Lata Mangeskhar meninggal dunia akibat COVID-19

    Penyanyi legenda Bollywood, Leta Mangeshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat COVID-19 sejak dimasukkan ke hospital pada 11 Januari.

    Berita sedih ini turut dikongsi oleh Perdana Menteri India iaitu Narendra Modi yang menganggap pemergian Leta Mangeshkar adalah satu kehilangan besar kerana jasanya dalam industri seni di sana.

    “Seorang yang baik dan penyayang telah meninggalkan kita. Pemergiannya tiada pengganti.

    “Generasi kini akan mengenang beliau sebagai seorang yang bekerja keras untuk budaya India, dengan suara yang merdu dan mampu menambat hati semua,” tulis Nodi pada satu perkongsian di Twitter.

    Lata Mangeshkar dilahirkan pada 28 September 1929 dan telah memulakan kerjaya seni pada awal usia remaja. Beliau telah menyanyikan lebih 15,000 lagu sepanjang bergelar penyanyi.

    Lagu-lagu nyanyian Lata Mangeshkar juga sentiasa menjadi siulan apabila dijadikan sebagai lagu tema sesebuah filem.

    Antara filem-filem yang menggunakan suara Mangeshkar dalam lagunya adalah Mohabbatein dan Kabhi Kushi Kabhi Gham.

    Mageshtar tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. – Agensi

    Pemergian Lata Mangeshkar dianggap sebagai satu kehilangan besar kerana jasanya dalam industri seni Bollywood.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...