LATAM failkan kebankrapan di AS

NEW YORK, 26 MEI – Syarikat penerbangan terbesar Amerika Latin LATAM telah memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) hari ini, kenyataan dari syarikat tersebut, berikutan kemerosotan perniagaan akibat pandemik koronavirus.

Sektor perjalanan dan pelancongan dunia telah dipengaruhi oleh penyakit berjangkit, kerana mereka secara langsung terkesan dengan penutupan sempadan dan penduduk yang menjalani perintah berkurung.

“Dengan impak yang dihasilkan COVID-19 terhadap industri penerbangan, LATAM terpaksa membuat beberapa siri keputusan yang sukar dalam beberapa bulan kebelakangan,” kata ketua eksekutif, Roberto Alvo menerusi kenyataan video.

“Kumpulan syarikat penerbangan LATAM dan sekutunya di Chile, Peru, Ecuador dan Colombia mengadakan penyusunan semula secara sukarela di bawah perlindungan Bab 11 di AS,” tambahnya.

Prosiding Bab 11 membenarkan syarikat yang tidak lagi dapat membayar hutang untuk menyusun semula tanpa tekanan dari pemiutang. – AFP

Syarikat penerbangan terbesar Amerika Latin LATAM telah memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat berikutan kemerosotan perniagaan akibat pandemik koronavirus. – AP