Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Latih generasi baharu pelajari tradisi koboi

    TLAJOMULCO DE ZUNIGA, MEXICO – Memakai topi koboi, baju berbutang perak dan tali leher bersulam, Victor Teran dengan mahir memusingkan lasso di sebuah sekolah di Mexico yang melatih generasi muda dalam kemahiran koboi tradisional.

    Tiga tahun lalu, bapa Teran memberinya pilihan untuk mempelajari bola sepak atau charreria, teknik penternakan lembu yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya tidak ketara manusia.

    “Saya memberitahunya, ‘mari kita pergi dan lakukan charreria sekarang juga!’” kata pemuda berusia 17 tahun itu.

    Dengan bantuan guru-guru di sekolah di Tlajomulco de Zuniga di negeri barat Jalisco, Teran belajar menunggang kuda dan melakukan gerakan memusing serta memutar lasso untuk melingkari kaki hadapan kuda.

    Sekolah itu, yang dibuka pada 2016, pada tahun sama tradisi itu diiktiraf oleh UNESCO, menawarkan kelas percuma kepada charros muda. Orang baharu dan warga asing juga dialu-alukan.

    Salah seorang pelajar menjalani latihan di Sekolah Municipal Charreria di Tlajomulco de Zuñiga, Jalisco, Mexico. – AFP
    Seorang guru menunjukkan teknik kepada pelajarnya semasa sesi latihan. – AFP
    Kelihatan seorang guru memerhatikan salah seorang muridnya mempelajari cara menunggang kuda yang betul. – AFP

    “Charreria telah berkembang pesat di peringkat kebangsaan,” kata pengasas sekolah Victor Hugo de la Torre, yang telah berkhidmat selama 24 tahun sebagai pengajar.

    “Kebanyakan pelajar di sekolah itu bukan berasal daripada keluarga charro, tetapi mereka menyukainya dan menyertainya,” tambahnya.

    Hari ini terdapat 100 pelajar tetap bagi kedua-dua jantina. Kumpulan permulaan, pertengahan dan lanjutan terdiri daripada 15 pelajar mengambil bahagian dalam tiga jam latihan dua kali seminggu untuk mengasah kemahiran mereka.

    Cabaran pertama ialah belajar memutar lasso dan melemparkannya ke leher seekor lembu jantan yang jinak.

    Apabila mereka telah menguasainya, mereka meneruskan untuk naik di atas kuda tanpa bantuan menggunakan stirrups.

    Kemudian belajar menunggang kuda dan akhirnya melontar lasso kepada haiwan bergerak.

    Gadis-gadis itu juga mempelajari escaramuzas, bahasa Sepanyol untuk ‘pertempuran’ yang melibatkan pembentukan formasi rumit pada kuda yang berlari sambil menunggang side-saddle.

    “Saya bermula ketika saya berumur empat tahun apabila ibu bapa saya menyuruh saya menunggang,” kata Alma de la Torre, 20, memakai pakaian tradisional yang diilhamkan daripada pakaian wanita yang berjuang dalam revolusi Mexico.

    Menjadi charro memerlukan ‘banyak dedikasi’, tetapi ganjaran kewangan sangat berbaloi, kata pengasas sekolah De la Torre.

    Gaji purata berjumlah antara AS$1,500 hingga AS$4,000 sebulan, manakala mereka di tempat teratas boleh membawa pulang sekitar AS$7,500, gaji yang lebih daripada diimpikan kebanyakan rakyat Mexico.

    Walaupun usia ideal untuk mula belajar ialah enam tahun, ramai pelajar bermula sebagai remaja, kata ketua sekolah Rocio Rodriguez.

    “Sesiapa sahaja boleh belajar, dari mana-mana warganegara, selagi mereka mahu,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...