Latihan berpasukan Serie A 18 Mei ini

MILAN, 12 MEI – Kelab Serie A boleh kembali menjalani latihan berpasukan bermula 18 Mei jika mereka mengubah protokol perubatan, umum kerajaan Itali, semalam.

Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Saintifik Teknikal (CTS) minggu lalu untuk membincangkan secara terperinci bagaimana mereka boleh kembali berlatih secara berkumpulan selepas perintah berkurung dua bulan.

Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora dan Menteri Kesihatan, Roberto Speranza berkata menerusi kenyataan bersama bahawa CTS menerima protokol diberikan FIGC untuk mengadakan sesi berkenaan.

“Pandangan diminta kerajaan daripada CTS mengesahkan peraturan yang berhemah,” kata kenyataan itu.

“Petunjuk diberikan CTS, yang disifatkan tegas dan terikat, akan dihantar kepada persekutuan untuk perubahan diperlukan terhadap protokol dalam usaha membenarkan sambungan latihan berpasukan bermula 18 Mei.”

Bola sepak digantung di Itali sejak 9 Mac berikutan COVID-19 yang membunuh hampir 31,000 orang di negara berkenaan.

Kerajaan Itali membenarkan skuad kembali berlatih secara individu bermula 4 Mei. – AFP