Latihan Gerak Sepadu 7 Mac ini

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) memaklumkan bahawa jabatan berkenaan akan mengadakan Latihan Gerak Sepadu 2 bersama Pasukan Polis Diraja Brunei

(PDB) dan Emas pada 7 Mac bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi di kawasan Bandar Seri Begawan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Sehubungan dengan itu, JBP dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menasihatkan orang ramai supaya tidak akan berasa cemas semasa latihan dijalankan yang mana akan melibatkan jentera serta keanggotaan agensi kecemasan yang berkenaan.

Para pengguna jalan raya dan orang ramai disarankan untuk memberikan kerjasama dan juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan yang dinyatakan semasa Latihan Gerak Sepadu 2 dijalankan.