Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan kebakaran di Hospital PIHM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Dalam usaha berterusan untuk lebih peka kepada kepentingan keselamatan khususnya dalam situasi kebakaran dan kecemasan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Cawangan ‘G’ Bangar Temburong telah mengendalikan latihan kebakaran dan kecemasan di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), semalam.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, senario latihan kebakaran dan kecemasan pengosongan bangunan bermula tepat jam 9:30 pagi apabila latihan kecemasan diaktifkan di Wad Perempuan dan Bersalin hospital tersebut.

    Antara objektif latihan tersebut adalah bagi menguji kecekapan dan kepantasan pihak hospital dalam bertindak dan menangani situasi kebakaran secara optima mengikut piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    Selain itu, melalui latihan praktikal ini juga diharapkan ia akan dapat memperbaiki tatacara komunikasi yang efisien di antara marsyal bomba yang dilantik dengan kakitangan hospital yang lain di samping meningkatkan lagi kapasiti kemahiran dalam penggunaan peralatan kebakaran dan kelengkapan keselamatan serta keupayaan untuk memberi bantuan menyelamat terutama sekali kepada pesakit-pesakit yang berada di hospital berkenaan jika ada berlakunya sebarang insiden kebakaran.

    Latihan melibatkan anggota dan jentera bomba dari Cawangan ‘G’ Bangar Temburong.
    Latihan melibatkan anggota dan jentera bomba dari Cawangan ‘G’ Bangar Temburong.
    Warga hospital berhimpun di kawasan letak kereta semasa latihan dijalankan.
    Warga hospital berhimpun di kawasan letak kereta semasa latihan dijalankan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda