Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Latihan kebakaran siap siaga hadapi kecemasan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Dengan matlamat untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman orang awam serta memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat aspek keselamatan kebakaran, Hotel Roomz Seria dengan kerjasama Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi B, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) serta bantuan Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengadakan latihan kebakaran di hotel berkenaan, Sabtu lalu.

    Latihan Baris Kebakaran Bilik itu menyaksikan penyertaan seramai 12 orang pegawai dan anggota bomba dan penyelamat bersama tiga buah jentera bomba yang diketuai oleh Pemangku SO Hamdan bin Haji Hassan.

    Latihan itu bermatlamat untuk memastikan kesiapsiagaan anggota sebagai faktor utama dalam menangani operasi memadam dan menyelamat serta untuk mengikut prosedur pengosongan yang efektif dan bersistematik bagi menyelamatkan diri menggunakan laluan kecemasan yang sedia ada serta menguji kemahiran, koordinasi dan latihan secara praktikal yang amat kritikal dalam mengendalikan mana-mana operasi.

    JBP menegaskan bahawa latihan yang dikendalikan itu adalah sangat penting dan perlu sentiasa dipraktikkan bagi sama-sama menangani situasi bila berlakunya kebakaran serta tindakan yang betul ketika berlakunya kecemasan.

    Latihan berkenaan perlu dikendalikan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

    Anggota bomba dan penyelamat ketika menjalani Latihan Baris Kebakaran Bilik di Hotel Roomz, Seria, Sabtu lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...