Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan kecemasan diadakan di terminal lapangan terbang 17 Mei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan, ingin memaklumkan bahawa latihan kecemasan dan pengosongan bangunan akan diadakan di Bangunan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 17 Mei dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak merasa cemas apabila berada di kawasan bangunan terminal sepanjang sesi latihan dijalankan.

    Tujuan latihan diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan di kalangan pegawai dan kakitangan dari agensi berkepentingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Latihan itu juga memberi tumpuan ke atas prosedur, langkah-langkah dan kecekapan dalam menangani serta mengawal situasi kecemasan dan keberkesanan sistem kecemasan selaras dengan kehendak dan keperluan persediaan rancangan kecemasan lapangan terbang Jabatan Penerbangan Awam

    Latihan itu juga melibatkan pegawai dan kakitangan dari Kementerian Perhubungan, Jabatan Penerbangan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan stakeholder di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi sama-sama menjayakan latihan ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda