Latihan menembak 21 dan 22 Sept

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei akan mengadakan latihan tembak menggunakan peluru hidup pada 21 dan 22 September bertempat di Kompleks Padang Tembak Pasukan Polis Diraja Brunei, Jalan Muara, Kampung Sungai Akar.

Latihan akan bermula dari pukul 7 pagi hingga 5 petang, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis memaklumkan orang ramai dan penduduk kampung yang berdekatan supaya tidak merasa cemas semasa latihan berkenaan dijalankan.