Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Latihan Pahlawan Warrior bermula

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Sesi latihan ketiga Pahlawan Warrior secara rasmi bermula selepas majlis perasmian gabungan antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC) di Kem Lumut, baru-baru ini.

    Pahlawan Warrior ialah latihan dua hala antara TDDB dan USARPAC yang menumpu pada peningkatan kapasiti dan keupayaan pasukan darat rakan kongsi, menangani cabaran keselamatan dalaman dan meningkatkan operasi pengendalian bersama yang mengesahkan komitmen keselamatan bersama di rantau Indo-Pasifik.

    Deputy Commanding General of Interoperability untuk Divisyen Infantri ke-25, Kolonel Michael A van Welie mempengerusikan majlis pembukaan dan menjelaskan kepentingan perkongsian USARPAC-TDDB di rantau Indo-Pasifik.

    Pahlawan Warrior merupakan satu ciri dalam kalendar kerjasama keselamatan kami dan penting untuk meningkatkan keupayaan bersama kami ketika kami berusaha untuk mengekalkan wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.”

    Askar yang ditugaskan ke Pasukan Cavalry ke-3, Skuadron ke-4, Pasukan Tempur Briged Infantri ke-3, ID ke-25 akan berlatih bersama TDDB dalam kemahiran hutan, operasi ketenteraan di kawasan bandar, latihan tembakan secara langsung serta menjalankan pelbagai pertukaran kepakaran di mana askar-askar berkongsi amalan
    terbaik dalam bidang pembelajaran mereka.

    Di samping pelbagai acara latihan yang dirancang, askar-askar akan menyertai hari sukan untuk lebih mengenali rakan sejawat TDDB dan mengalami hari kebudayaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang adat dan budaya Brunei.

    “Lebih penting daripada kesalingoperasian teknikal yang akan kami bangunkan semasa latihan ini adalah ikatan persahabatan dan persefahaman serta penghargaan budaya yang akan dijalin dalam kalangan kami semua,” tambah Kolonel van Welie.

    Ketua Turus TDDB, Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shannonnizam bin Sulaiman dalam ucapannya menekan-kan mengenai kepentingan perkongsian TDDB-USARPAC di rantau Indo-Pasifik.

    “Kehadiran awda di sini hari ini membuktikan ikatan dan hubungan yang erat antara kedua-dua negara dan tentera kita,” kata Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shannonnizam.

    “Latihan seperti ini boleh merangsang keyakinan dan membantu mengekalkan wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Saya amat yakin Pahlawan Warrior 2022 mampu mencapai objektifnya,” tambahnya.

    Selepas majlis pembukaan, Kaunselor Jabatan Negara A.S., Derek Chollet mengucapkan terima kasih kepada askar-askar bagi pihak Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden atas komitmen mereka kepada negara dan usaha mereka untuk mempererat hubungan antara kedua-dua negara rakan kongsi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...