Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan pasukan Sabah ditangguhkan kerana PKPB

    KUALA LUMPUR, 20 OKT – Persiapan pasukan bola sepak Sabah bagi menghadapi Piala Malaysia terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB di seluruh negeri itu bagi mengekang penularan COVID-19.

    Ketua Jurulatih Sabah Kuniawan Dwi Yulianto berkata pada masa ini, pasukan itu menghadapi gangguan di mana pemain tidak dibenarkan untuk berlatih, manakala permohonan khas untuk meneruskan latihan telah ditolak oleh kerajaan negeri.

    “Jika dilihat, ya, kami dalam keadaan bermasalah di mana latihan tidak dibenarkan kerajaan negeri akibat prosedur operasi standard (SOP) PKPB. Pemain kami kini berlatih sendiri setiap hari,” katanya kepada Bernama.

    “Pegawai pasukan akan menyediakan pemain dengan jadual latihan mereka sendiri untuk setiap hari dan pemain akan berlatih sendiri,” katanya dan menambah walaupun sedemikian, pemain menghadapi masalah untuk berlatih mengikut kemampuan sebenar mereka.

    Jurulatih Indonesia itu menjelaskan bahawa aktiviti seperti berjoging dan berlari di kawasan terbuka adalah penting untuk pemain dan dalam keadaan adanya sekatan, pemain kini terpaksa berlari di kawasan tempat letak kereta bersendirian dengan kekurangan peralatan latihan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda