Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan penuh pastikan kelancaran Majlis Ilmu 2024

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Bagi memastikan kelancaran Perasmian Majlis Ilmu 2024 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 yang akan diadakan esok, satu latihan penuh telah diadakan hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Hadir memastikan kelancaran latihan itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir adalah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Awang Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman dan juga Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh.

    Hadir sama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad dan juga Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis Ilmu 2024 dengan tema Menangani Gejala Mental dianjurkan bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Pendidikan, dan juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Awang Mohammad Isham, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menghadiri latihan penuh berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda