Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Latihan tentera AS-Indonesia bermula

    JAKARTA, 3 OGOS – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia memulakan latihan ketenteraan bersepadu tahunan kelmarin yang diadakan di kepulauan Sumatera disertai oleh beberapa negara sahabat buat pertama kali, menandakan ikatan kukuh ditengah-tengah aktiviti maritim oleh China di rantau Indo-Pasifik.

    Lebih dari 5,000 tentera dari AS, Indonesia, Australia, Jepun dan Singapura menyertai latihan tahun ini, menjadikannya latihan terbesar sejak penubuhannya pada tahun 2009. Latihan tersebut bertujuan mengukuhkan kebolehoperasian, keupayaan, kepercayaan dan kerjasama dalam menyokong kebebasan lautan Indo-Pasifik, jelas Kedutaan Besar AS di Jakarta dalam satu kenyataan.

    “Latihan bersepadu ini menjadi tanda ikatan persahabatan AS-Indonesia yang kukuh dan hubungan yang semakin berkembang antara tentera darat kedua-dua buah negara,” kata Jeneral Charles Flynn, Pemerintah Tentera AS di kawasan Pasifik dalam satu kenyataan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...