Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan tentera AS, Korea S bermula

    SEOUL, Korea Selatan, 21 Ogos – Tentera AS dan Korea Selatan memulakan latihan tahunan mereka pada hari ini yang diadakan selepas Presiden Donald Trump dan Korea Utara berbalas retorik perang selepas dua ujian peluru berpandu antara benua oleh Utara pada bulan lalu.

    Latihan Penjaga Kebebasan Ulchi sebahagian besarnya adalah latihan perang menyerupai komputer yang diadakan setiap musim panas dan telah menerima respon marah dari Korea Utara, yang menganggap mereka sebagai satu latihan serangan.

    Media Pyongyang semalam menggelar latihan pada tahun ini satu tindakan “cuai” yang mungkin mencetuskan fasa perang nuklear yang tidak terkawal.”

    Meskipun ancaman tersebut, tentera AS dan Korea Selatan melancarkan latihan 11 hari pada tahun ini pada pagi ini seperti yang dijadual.

    Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan mengambil gambar ‘selfie’ sebelum latihan di Goyang pada 21 Ogos 2017. Tentera AS dan Korea Selatan memulakan latihan tahunan mereka kelmarin. – AFP

    Latihan membabitkan 17,500 tentera Amerika dan 50,000 tentera Korea Selatan, menurut tentera AS di Korea Selatan dan Kementerian Pertahanan Seoul.

    Tidak ada latihan seperti latihan tembakan langsung atau latihan ketenteraan kereta kebal yang terlibat dalam latihan Ulchi, di mana pegawai gabungan duduk di depan komputer untuk melatih cara-cara mereka membabitkan diri dalam pertempuran dan mengasah keupayaan membuat keputusan. Gabungan berkata latihan adalah bersifat mempertahankan diri.

    Presiden Korea Selatan Moon Jae-In berkata hari ini Korea Utara tidak boleh menggunakan latihan sebagai dalih untuk melancarkan provokasi baru, berkata latihan diadakan secara tetap disebabkan provokasi oleh Korea Utara. Korea Utara biasanya bertindak balas terhadap latihan tentera Korea Selatan-AS dengan ujian senjata dan beberapa siri retorik suka berperang. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda