Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Latihan tingkat ketangkasan anggota bomba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sebagai usaha untuk mempertingkatkan keupayaan serta ketangkasan anggotanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Cawangan Operasi D telah menjalankan latihan kebakaran di Kampung Sungai Bunga, baru-baru ini.

    Ia melibatkan seramai 18 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh SO Haji Abdul Rahman bin Maitamit.

    Menurut JBP, latihan itu merupakan usaha untuk meningkatkan lagi keupayaan dan ketangkasan anggota khususnya dalam operasi memadamkan kebakaran rumah di Kampong Ayer serta memastikan kesiapsiagaan anggota sebagai faktor utama dalam menangani operasi memadam dan menyelamat.

    Latihan berkenaan dihadiri oleh Pemerintah Cawangan Operasi D, Penguasa Kanan Muhd Shahreeni bin Haji Muhd Yussof dan Timbalan Pemerintah, Penguasa Bomba Mohamad Sophian bin Haji Mohd Yusuff.

    JBP mengingatkan orang ramai bahawa latihan-latihan kebakaran itu adalah sangat penting dan perlu sentiasa diamalkan bagi sama-sama menangi situasi bila berlakunya kebakaran serta tindakan yang betul dengan latihan dikendalikan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

    Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun menjalankan latihan memadam kebakaran rumah di Kampung Sungai Bunga pada 28 September lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...