TALLINN, 24 JAN – Latvia baru-baru ini berkata ia telah meminta Duta Rusia untuk meninggalkan negara itu, hanya beberapa jam selepas langkah serupa oleh negara Baltik, Estonia.
“Duta Besar Rusia akan berlepas pada 24 Februari 2023,” menurut kementerian luar negeri Latvia dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa ia juga akan menarik balik dutanya dari Moscow.
“Keputusan itu telah diambil memandangkan Rusia meneruskan pencerobohan ketenteraan berskala penuh terhadap Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari 2022, serta solidariti dengan Estonia dan Lithuania,” tambahnya.
Negara Baltik yang lain, Lithuania telah menurunkan taraf hubungan diplomatiknya dengan Rusia pada April sebagai tindak balas terhadap kekejaman di bandar Bucha, Ukraine.
Kementerian Luar Latvia berkata ia telah memaklumkan kepada Duta Rusia tentang keputusannya “untuk menurunkan tahap perwakilan diplomatiknya di Rusia kepada charge d’affaire.”
Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas Estonia berkata ia akan mengusir Duta Rusia dari Tallinn sebagai tindakan balas terhadap pengusiran Moscow terhadap Duta Estonia. – AFP