Laudya Cynthia Bella nak jual rumah

Kisah rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran terus menjadi topik perbualan hangat peminat di Indonesia.

Menerusi laporan Tribunews, Laudya dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya dan kini sedang dalam proses menjual kediaman mereka yang terletak di Jakarta Selatan.

Malah, khabar angin mendakwa dia terpaksa menjual rumah tersebut kerana sudah muflis.

Sementara itu, jiran tetangga di kawasan perumahan tersebut memberitahu mereka ada melihat beberapa orang calon pembeli meninjau kediaman berkenaan.

Difahamkan kediaman mewah itu dijual dengan harga kira-kira RM3.6 juta. Ada beberapa orang datang untuk melihat rumah tersebut.

“Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo tapi tidak jadi kerana halamannya kecil,” kata Titi Hayati menerusi Youtube Indosiar.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang diberi tanggungjawab melakukan pengubahsuaian kediaman Laudya enggan mengulas lanjut mengenai berita tersebut.

“Kalau fasal dia bankrap itu saya kurang tahu,” katanya yang hanya mengikut arahan memperbaiki kediaman tersebut.

Dikhabarkan Laudya Cythia Bella sedang dalam proses menjual kediamannya di Jakarta Selatan.