Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Laudya Cynthia Bella rehat daripada IG

    Pelakon Laudya Cynthia Bella mengejutkan ramai pengikut di laman Instagram apabila memaklumkan ingin berehat daripada media sosial sepanjang Ramadan ini.

    Menurut laporan Tabloid, Laudya memaklumkan akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih 35 juta pengikut itu akan dikendalikan oleh pasukan pengurusannya.

    “Insya Allah, sepanjang Ramadan Instagram saya ini akan dikendalikan oleh admin kumpulan. Jumpa awda semua nanti. Selamat beribadah teman-temanku,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

    Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini turut berkongsi hadis mengenai kelebihan Ramadan.

    Perkongsian Laudya itu menerima komen positif pengikut dan rata-ratanya mendoakan supaya urusan bekas isteri Engku Emran itu dipermudahkan.

    Pelakon berusia 34 tahun ini merupakan antara selebriti Indonesia yang aktif berkongsi perkembangan karier, fesyen dan kecantikan menerusi laman Instagram. – Agensi

    Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah sepanjang bulan Ramadan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...