Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    LaundryHub perkenal perkhidmatan bayaran digital

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dengan kerjasama Beep Digital Solutions Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan penyelesaian pembayaran tanpa tunai pertama bagi perkhidmatan dobi di cawangan LaundryHub, Sengkurong, hari ini, sebagai sebahagian daripada projek pilot Cashless Society mereka.

    Acara dilancarkan dengan menyaksikan sentuhan pertama pada terminal kad kredit, melambangkan permulaan perkhidmatan pembayaran digital bagi dobi tanpa tunai dan pengawasan. 

    Hadir pada majlis itu ialah pegawai kanan dan wakil daripada AITI dan Beep Digital Solutions.

    Menurut kenyataan AITI, projek perintis itu akan terus memperkenalkan pembayaran digital di cawangan terpilih di bawah LaundryHub.

    Beep Digital Solutions juga telah membolehkan perniagaan memperkemas operasi dengan pengenalan alat pemantauan jarak jauh di mana pengendali dobi kini boleh memantau dari jauh semua kutipan pembayaran yang dibuat di cawangan masing-masing dalam masa nyata.

    Cashless Society merupakan salah satu projek perintis AITI untuk memudahkan pembangunan industri digital dan inovasi di Negara Brunei Darussalam.

    AITI dan Beep Digital Sdn Solutions telah menandatangani memorandum persefahaman pada 27 November 2020 bagi menandakan perkongsian kerjasama dalam membangunkan dan melaksanakan Program Perintis Cashless Society. Terdapat tiga kawasan yang disasarkan iaitu kedai dobi, kedai runcit atau kedai serbaneka dan tempat letak kereta berbayar.

    Salah seorang kakitangan menunjukkan bayaran menerusi sentuhan pada terminal kad kredit.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...