Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Laungan dikir terus bergema

    Oleh Salawati Haji Yahya & Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Dalam memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, pelbagai pihak di negara ini termasuk kementerian-kementerian kerajaan terus mengadakan majlis dikir di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

    Kelmarin, Majlis Dikir Syarafil Anam 12 Malam Berturut-turut bersama Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah diadakan di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis kelolaan Jawatankuasa Takmir Masjid Universiti, UBD itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, ketua-ketua jabatan dan divisyen, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Sementara itu, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) meneruskan lagi Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Pekan Seria, Daerah Belait, kelmarin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda hadir selaku tetamu kehormat pada majlis dikir di Masjid Universiti, UBD. – Gambar serahan Kementerian Pembangunan
    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim mengetuai rombongan dari KHEU bagi Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Pekan Seria.
    Gambar ramai pada majlis dikir kendalian Biro Wanita Al-Mudarissah Kampung Sungai Buloh.
    Haji Abdul Rajid mengetuai rombongan PDI bagi Majlis Dikir bersama Mualaf di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh. – Gambar serahan PDI
    Antara yang hadir pada Majlis Dikir bersama Mualaf di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh. – Gambar serahan PDI
    Gambar ramai rombongan ketua kampung Zon 2 Mukim Serasa dan Mukim Mentiri semasa majlis berdikir di Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri.

    Rombongan diketuai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Rombongan KHEU seterusnya akan berkunjung ke Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong esok yang diselajurkan dengan Majlis Penutup Dikir 12 Malam Berturut-Turut sempena Sambutan Maulud Nabi SAW bagi tahun ini.

    Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Mualaf) tidak ketinggalan memeriahkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan Majlis Dikir bersama Mualaf di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh, kelmarin.

    Hadir pada majlis tersebut selaku ketua rombongan ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh. Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub, para pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Pembangunan Mualaf, KHEU.

    Acara diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Kelebihan Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW’ yang disampaikan oleh Pembantu Kanan Perkembangan Ugama, Awang Syamim Farhan bin Haji Sufri yang disusuli dengan persembahan Dikir Syarafil Anam oleh pegawai-pegawai PDI.

    Dalam pada itu, rombongan ketua kampung Zon 2 Mukim Serasa dan Mukim Mentiri juga memeriahkan sambutan berkenaan dengan mengendalikan majlis berdikir di Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri, kelmarin.

    Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim mengetuai rombongan seramai 13 pendikir dengan membawa dikir Hairuman Tiga Serangkai.

    Kumpulan Dikir Abdurul Rahman dari Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri dan jemaah juga sama-sama memeriahkan lagi majlis dikir berkenaan.

    Manakala itu, Biro Wanita Al-Mudarissah Kampung Sungai Buloh juga mengendalikan majlis serupa baru-baru ini dengan disertai oleh seramai 120 orang yang mewakili sembilan buah Biro Wanita dan Takmir Masjid Muslimah, di bawah Mukim Mentiri.

    Setiausaha Agung Pertubuhan Wargamas, Hajah Sinega binti Haji Swadi hadir selaku tetamu kehormat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...