Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Laungan muazin yang menyentuh jiwa

    Apabila kita berbicara mengenai laungan azan, ia bukan sekadar melodi yang indah dan hebat terletak pada lafaz makhraj dan alunan lenggokan bunyinya, tetapi juga pada penghayatan mendalam seorang muazin yang melaungkannya.

    Bahkan kegemilangan azan itu seharusnya dirasakan oleh jiwa, bukan hanya ditangkap oleh telinga.

    Penulis ingin berkongsi pengalaman yang dialami semasa berhari raya ketika mengunjungi sanak saudara di Daerah Temburong.

    Ketika itu, penulis berkesempatan diajak oleh saudara untuk bersolat Jumaat di Masjid Rataie. Sesampainya di masjid, sesuatu yang menarik perhatian penulis adalah suara azan itu seolah-olah datang dari corong radio.

    Namun, penulis merasa kehairanan kerana bilal yang mengumandangkan azan tidak kelihatan. Maka, penulis beranggapan bahawa pihak masjid mungkin menggunakan azan yang disiarkan melalui radio.

    Namun, keraguan penulis terjawab pada azan kedua, apabila akhirnya bilal yang bertugas muncul dan mengumandangkan azan dengan suara yang merdu.

    Benar-benar, suaranya memikat hati berbanding beberapa buah masjid yang pernah penulis kunjungi.

    Dalam konteks ini, penulis ingin memberikan satu cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masjid agar memastikan muazin mengumandangkan azan dengan penuh kemerduan dan sempurna.

    Tujuannya adalah untuk mempengaruhi dan menyentuh hati para pendengarnya, agar mereka tergerak untuk segera melaksanakan solat.

    Justeru, jangan dibiarkan sesiapa pun mengumandangkan kalimah suci tersebut tanpa memahami sebutan dan alunan yang betul kerana kesimpulannya, kita perlu menghargai keindahan dan kesakralan dalam azan, dan melaksanakannya dengan baik demi menaikkan kualiti azan di masjid-masjid di negara ini.

    Semoga saranan ini dapat diambil kira dan diamalkan demi kebaikan jemaah dan keharmonian dalam ibadah solat.

    Penduduk Mentiri

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...