Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lavrov alami masalah kesihatan

    NUSA DUA, INDONESIA, 14 NOV – Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov telah dibawa ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan sejurus ketibaannya untuk sidang kemuncak Kumpulan 20 di Bali, kata pihak berkuasa Indonesia, hari ini.

    Tiga pegawai kerajaan dan perubatan Indonesia memberitahu The Associated Press bahawa menteri Rusia itu sedang dirawat di pulau peranginan.

    Para pegawai itu engan dikenali kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara tersebut secara terbuka.

    Sementara itu, dua orang pegawai berkata Lavrov sedang dirawat disebabkan sakit jantung.

    Pegawai itu berkata, Lavrov dibawa ke Hospital Sanglah di ibu kota wilayah, Denpasar, namun pihak hospital tidak mengulas dengan segera.

    Dalam pada itu, pegawai di Kedutaan Rusia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

    Lavrov merupakan pegawai tertinggi Rusia yang menghadiri sidang kemuncak G20 yang bermula esok. – AP

    Sergey Lavrov bercakap kepada wartawan Rusia selepas sidang kemuncak Perdagangan ASEAN Australia-New Zealand (AANZTA) di Phnom Penh, Kemboja kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...