Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lavrov bertemu pemimpin Kenya selepas Ukraine melawat Afrika

    NAIROBI, 29 MEI – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov bertemu para pemimpin Kenya hari ini dalam lawatan mengejut ke Nairobi, ketika Moscow dan Kyiv berusaha untuk meningkatkan sokongan daripada negara-negara Afrika berhubung perang di Ukraine.

    Lawatan Lavrov ke kuasa besar Afrika Timur muncul selepas lawatan ke benua itu minggu lalu oleh rakan sejawatannya dari Ukraine, Dmytro Kuleba.

    “Semasa lawatan, kami akan membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan ekonomi, persoalan kemanusiaan dan budaya, pendidikan, kerjasama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan banyak isu lain,” kata Lavrov kepada penggubal undang-undang Kenya, menurut kementerian luar Rusia.

    Lawatan itu tidak diumumkan lebih awal dan tiada maklumat dikeluarkan daripada para pegawai Kenya.

    Lavrov melawat Afrika beberapa kali sepanjang tahun lalu, ketika kuasa-kuasa global berebut pengaruh di benua yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu.

    Kuleba minggu lalu menggesa negara-negara Afrika tertentu untuk menamatkan pendirian neutral mereka berhubung perang 15 bulan di Ukraine dan mengumumkan desakan oleh Kyiv untuk memperkukuh hubungannya dengan benua itu.

    “Kami bercakap dengan rakan-rakan Afrika kami, cuba menjelaskan kepada mereka bahawa berkecuali bukanlah jawapannya,” kata Kuleba pada sidang akhbar Rabu lalu di Addis Ababa, pusat bagi Kesatuan Afrika.

    Beliau juga mengumumkan dalam satu kenyataan pada hari berikutnya bahawa Ukraine merancang untuk membuka lebih banyak kedutaan di Afrika dan mengadakan sidang kemuncak dengan pemimpin benua itu. – AFP

    Sergei Lavrov semasa bertemu Moses Wetangula, Speaker Perhimpunan Kebangsaan Kenya, di Nairobi pada 29 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...