Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lavrov tuduh Barat fokus perang nuklear

    MOSCOW, 3 MAC – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov hari ini, menuduh ahli politik Barat memfokuskan pada perang nuklear, seminggu selepas Moscow melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine.

    Perkara itu adalah jelas bahawa Perang Dunia Ketiga hanya boleh menjadi perang nuklear, menurut kata Lavrov ketika diwawancara dalam talian dengan media Rusia dan asing.

    “Saya ingin menegaskan bahawa dalam kepala ahli politik Barat mengenai idea perang nuklear sentiasa berputar, dan bukan dalam kepala Rusia,” katanya.

    “Oleh itu saya memberi jaminan bahawa kami tidak akan membenarkan sebarang provokasi menyebabkan kami hilang keseimbangan,” tambah Lavrov.

    Dia juga membandingkan AS dengan Napoleon Bonaparte dan Adolf Hitler. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...