Lawat Andalusia kaji sejarah Islam di Borneo

KUCHING, 17 DIS – Dalam usaha mengukuhkan lagi bukti penemuan sedia ada berkaitan kedatangan Islam di Borneo dan Sarawak, sekumpulan pengkaji dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak telah mengadakan lawatan ke Andalusia, Sepanyol bagi mengkaji manuskrip asal yang masih tersimpan di negara itu.

Rombongan yang diketuai Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Datuk Dr Jamil Hamali telah mengadakan lawatan ke National Historical Archives of Spain di Madrid, The Halal Institute of Spain di Cordoba, University of Granada di Granada dan Archivo de Indias di Seville. “Mereka telah mengkaji manuskrip asal, peta-peta lama dan salinan asal salasilah mengenai kedatangan Islam di Sarawak yang tersimpan di muzium, arkib dan perpustakaan di negara itu.

Lawatan dua minggu itu akan berakhir esok, menurut kenyataan universiti itu hari ini. – Bernama