Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Lawatan dalami peranan bomba

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG, 2 DIS – Seramai 57 orang murid dan guru Sekolah Ugama Pengiran Muda Muhammad Bolkiah, Temburong, baru-baru ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Bangar.

    Rombongan dialu-alukan oleh Stesen Komander, SO Ishraqi bin Haji Sidup serta keanggotaan Balai Bomba Bangar.

    Sebelum mengadakan lawatan sekitar balai, murid-murid mendengarkan taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba dan seterusnya berpeluang melihat lebih dekat lagi perkakas menyelamat dan menaiki jentera bomba.

    Hadir semasa lawatan itu ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Mohammad Zyakwan bin Awang Idris, dan Pegawai Staf Operasi G, SO Jamaludin bin Ahmad.

    Murid-murid berpeluang memegang hos pemadam api semasa lawatan ke Balai Bomba Bangar. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...