Lawatan eratkan silaturahim

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Rombongan seramai 23 orang ahli jawatankuasa takmir dan Kumpulan Muslimah Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Jerudong telah membuat lawatan kerja ke berapa buah surau dan masjid di Sarawak, baru-baru ini.

Lawatan menumpukan masjid-masjid dan surah Daerah Lawas dan Limbang iaitu Surau Nurul Jamiah Kampung Pagar,Sundar; Masjid Besar Sundar; Masjid Misbahul Huda Awat-Awat; Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas; Masjid Janatul Firdaus Limbang dan Madjud Baitul Iman.
Rombongan lawatan telah diketuai oleh Haji Mustapa bin Haji Masri.

Antara tujuan lawatan adalah untuk menimba pengetahuan dan pengalaman tatacara mengimarahkan masjid di samping meninjau aktiviti dan program yang dijalankan di masjid-masjid berkenaan serta mengeratkan silaturahim dengan ahli-ahli jawatankuasa masjid-masjid tersebut.

Sempena lawatan silaturahim berkenaan, rombongan juga tidak lupa menyampaikan cenderahati atau sumbangan berbentuk kewangan dan buku Yasin.

Rombongan bergambar ramai semasa lawatan ke salah sebuah masjid di Sarawak.