Lawatan ke Penjara Maraburong

Oleh Syahmi Hassan

Rombongan seramai 41 ahli majlis perundingan kampung dan penduduk kampung di bawah Mukim Sengkurong yang diketuai oleh Pemangku Penghulu Mukim Sengkurong, Dr Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman telah membuat lawatan ke Penjara Maraburong Daerah Tutong baru-baru ini.

Antara pengisian lawatan yang merupakan salah satu aktiviti tahunan Mukim Sengkurong itu ialah sesi taklimat mengenai institusi tersebut yang disampaikan oleh pegawai pemerintah institusi berkenaan.