Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lawatan ke Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Murid-murid Tahun 6 Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Jangsak, Kiulap dan Sungai Buloh telah membuat lawatan ke Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

    Semasa lawatan tersebut para pelajar dibawa melihat pameran galeri seni-seni khat dari Negara Brunei Darussalam dan beberapa buah negara lain seperti China, Turkiye, Malaysia dan Indonesia.

    Pelajar-pelajar juga berpeluang mempelajari mengenai sejarah kaligrafi di Brunei Darussalam dan jenis-jenis khat yang digunakan.

    Mereka juga diberikan pendedahan mengenai cara-cara penulisan khat secara langsung serta diberi peluang untuk menulis asas seni khat.

    Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Rombongan dari Sekolah Nusa Laila Puteri bergambar ramai semasa lawatan ke Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...