Lawatan kenali kraf tangan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BELAIT, 11 SEPT – Seramai 10 orang ahli Kumpulan Wafira, kelmarin, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Rumah Panjang Mendaram Besar di Kampung Labi.

Antara tujuan lawatan berkenaan ialah untuk mengenali hasil kraf tangan kaum wanita di sana dan menjalin hubungan  muhibah sambil menikmati keindahan alam semula jadi di negara ini.

Ketibaan rombongan berkenaan disambut oleh Tuai Rumah Panjang, Berandi Anak Samau.
Semasa lawatan itu, rombongan mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Biro Wanita, Dayang Hensona.

Gambar ramai rombongan Kumpulan Wafira ketika lawatan ke Rumah Panjang Mendaram Besar. – Gambar serahan Kumpulan Wafira