Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lawatan kenali perniagaan di Brunei

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Pro-Builder Sdn Bhd

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Perdagangan keseluruhan di antara Brunei dan Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan yang positif serta dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada 2022.

    Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk menyaksikan dan mengenali perniagaan di Negara Brunei Darussalam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei
    Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah mengadakan lawatan dan diberikan penerangan mengenai Syarikat Pro-Builder Sdn Bhd, Pro-Amix Sdn Bhd dan Loong Ji (B) Sdn Bhd, hari ini.

    Semasa lawatan berkenaan, TYT Dato’ Raja Reza berpeluang untuk mengadakan perjumpaan, perbincangan dan diberikan penerangan oleh Pengarah Urusan Pro-Amix Sdn Bhd dan Loong Ji (B) Sdn Bhd, Sia Kie King.

    Beliau juga diberikan penerangan dan melawat ke Pro-Builder Sdn Bhd di mana penerangan projek disampaikan oleh Jurutera Awam, Ethan Sia.

    Syarikat Pro-Builder Sdn Bhd ditubuhkan pada 1991 di Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah kontraktor penyelenggaraan jalan raya dan saliran di mana ia telah berkembang untuk menjadi salah sebuah syarikat binaan terbesar yang berpangkalan di negara ini.

    TYT Dato’ Raja Reza diberikan penerangan mengenai projek yang dikendalikan Pro-Builder Sdn Bhd oleh Ethan Sia semasa lawatannya, kelmarin.
    TYT Dato’ Raja Reza diberikan penerangan dan menyaksikan dengan lebih dekat projek yang dilaksanakan ketika mengadakan lawatan ke Pro-Builder Sdn Bhd, kelmarin.

    Syarikat itu mempunyai sejarah lebih 30 tahun dalam pengendalian pelbagai projek infrastruktur awam termasuk penyelenggaraan dan pembinaan lebuh raya serta juga projek-projek pembinaan bangunan komersial.

    Sementara itu, Syarikat Loong Ji (B) Sdn Bhd merupakan syarikat pertanian komersial yang menumpukan tanaman kepada buah-buah tropika termasuk rambutan, kelapa, nangka dan belimbing.

    Syarikat itu mempunyai ladang yang terletak di Kampung Selangan, Daerah Temburong dengan keluasan tanah 30 hektar dan mula beroperasi pada 2018.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...