Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lawatan kerja ke sekolah diteruskan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Pendidikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sempena permulaan persekolahan peringkat kedua Fasa Endemik COVID-19 bagi sekolah menengah kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman berserta rombongan meneruskan lagi siri lawatan kerja ke dua buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, hari ini menyatakan bahawa Yang Berhormat Dato telah mengadakan lawatan ke dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri (SMPAP) Hajah Masna dan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali (SMSSA) di Salambigar.

    Kenyataan menyatakan bahawa pada sebelah pagi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah telah mengadakan lawatan ke SMPAP Hajah Masna dan ketibaannya dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua, Pengiran Mohd Ariffin bin Pengiran Haji Aliuddin, pegawai serta kakitangan di sekolah berkenaan.

    Yang Berhormat Dato semasa lawatan itu, telah meninjau lebih dekat ruang pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi ujian saringan ujian pantas antigen (ART) dan bilik pengasingan diri serta prasarana-prasarana lain di sekolah berkenaan.

    Semasa lawatan itu, beliau juga berkesempatan berinteraksi bersama pelajar Tahun 7 dan Tahun 11 di bilik-bilik darjah serta memberikan kata-kata motivasi dan nasihat kepada mereka.

    Yang Berhormat Dato juga mengambil peluang berinteraksi bersama guru-guru di sekolah berkenaan.

    Sementara itu, pada sebelah petang pula, Yang Berhormat Dato meneruskan lawatan ke SMSSA dan ketibaannya dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua, Hajah Noor Zinatul Ashiqin binti Haji Ibrahim dan pegawai serta kakitangan di sekolah berkenaan.

    Semasa lawatan, Yang Berhormat Dato telah meninjau dewan serbaguna yang digunakan untuk ujian saringan ART serta bilik pengasingan diri yang disediakan di sekolah itu.

    Yang Berhormat Dato juga berkesempatan menyaksikan pelajar-pelajar menggunakan komputer semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta berinteraksi dengan pelajar-pelajar dan guru-guru semasa mengadakan lawatan ke makmal-makmal ICT dan media di sekolah berkenaan.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengambil peluang berinteraksi bersama guru-guru di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa lawatan beliau ke sekolah tersebut.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah menyaksikan pelajar menggunakan komputer semasa sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali di Salambigar, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyaksikan pembelajaran di salah sebuah kelas di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
    Antara pelajar yang sedang mengikuti sesi pembelajaran pada hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...