Lawatan kerja pertingkat ilmu pengetahuan
Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Rombongan seramai 11 orang pegawai dan kakitangan Perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo), Pusat Sejarah. Lawatan rombongan yang diketuai oleh Ketua Perpustakaan UNISSA, Dayang Norhasinah binti Haji Moksin itu adalah yang pertama kali diadakan dan juga

































