Tuesday, May 20, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan kerja tinjau aktiviti peladang KPLB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong, hari ini, telah membuat lawatan kerja untuk meninjau aktiviti-aktiviti peladang di Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB) di Daerah Tutong.

    Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Pengarah Pertanian dan Agri-makanan, Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, KSSUP.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KSSUP, lawatan dimulakan di ladang KPLB Bukit Sulang, Mukim Lamunin berkeluasan 99 hektar yang telah diusahakan dengan tanaman buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, cempedak dan tarap.

    Seramai 52 orang ahli yang diketuai oleh Awang Mohd Jenin bin Burut terlibat dalam mengusahakan ladang berkenaan semenjak tahun 1994. Pada 2017, ladang berkenaan mengeluarkan hasil sebanyak 17 tan metrik dengan nilai lebih $40,000.

    Lawatan diteruskan ke ladang KPLB Tabalu, Mukim Kiudang yang diketuai oleh Haji Muhd Hamda bin Abdullah Anja. Ladang berkenaan telah dibuka pada tahun 2004 dan diusahakan oleh seramai 69 orang ahli dengan keluasan 21.3 hektar.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bergambar ramai bersama rombongan lawatan kerja ke Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB) Tabalu, Mukim Kiudang.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali semasa meninjau ke KPLB Kupang, Mukim Keriam.

    Antara tanaman yang ditanam di ladang tersebut adalah durian dan rambutan, yang mana, pada tahun lalu, ladang ini telah mengeluarkan hasil sejumlah 8 tan metrik dengan nilai $16,000. Untuk menambahkan pendapatan, peladang-peladang juga menanam pisang sebagai tanaman sampingan.

    Lawatan seterusnya ialah ke ladang KPLB Santol B, Kampung Sinaut yang telah mula diusahakan pada tahun 1996. Ia diusahakan oleh seramai 41 orang ahli dengan diketuai oleh Haji Abdul Razak bin Haji Mohd Yusof.

    Kebanyakan tanaman yang ditanam di ladang berkenaan adalah seperti durian, cempedak, langsat, rambutan, tarap dan nangka. Pada tahun 2017, ladang ini telah menghasilkan sebanyak 18.4 tan metrik dengan nilai lebih $45,000.

    Lawatan berakhir di ladang KPLB Kupang, Mukim Keriam yang berkeluasan 6.75 hektar dan diketuai oleh Haji Saidis bin Haji Damit dengan 15 orang ahli.

    Ladang ini dibuka pada tahun 2003 dan ditanam dengan buah-buahan bermusim iaitu durian, cempedak, kembayau, tarap dan mata kucing. Tahun lalu, ladang ini telah menghasilkan sejumlah 1.3 tan metrik hasil dengan nilai lebih $5,000.

    Menurut kenyataan itu, dalam lawatan tersebut, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan mendapati bahawa antara cabaran utama peladang-peladang ialah jalan ladang yang rosak oleh tanah susur akibat musim hujan, kekurangan bantuan baja dan serangan perosak tanaman seperti monyet dan babi hutan.

    Yang Berhormat Dato mengambil maklum berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi terutama mengenai tanah-tanah susur dan serangan perosak tanaman seperti monyet dan babi hutan, yang mana perkara ini akan dirundingkan dengan agensi-agensi yang berkenaan untuk mengatasinya.

    Selain itu, beliau mengesyorkan agar peladang-peladang juga mengusahakan tanaman buah-buahan tidak bermusim seperti limau besar (pomelo), buah naga, markisa (passion fruit), nanas, durian belanda dan pisang.

    Pelbagai tanaman yang lain seperti marunggai, jagung, serai dan kunyit juga disarankan untuk ditanam bagi memastikan peladang-peladang dapat hasil tanpa bergantung kepada hasil buah-buahan yang bermusim seperti durian, cempedak, rambutan, kembayau, tarap dan lain-lain.

    Berkenaan baja bantuan pertanian yang sering tidak mencukupi, Yang Berhormat Dato mencadangkan agar peladang-peladang cuba membeli baja secara berkumpulan supaya mendapat harga yang lebih murah daripada pembekal dari dalam dan luar negara.

    Bagi mendapatkan bekalan baja dari luar peladang-peladang disarankan untuk mendapatkan permit import daripada pihak KSSUP melalui Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/