Lawatan Macron rangsang perniagaan bebas – Xi

BEIJING, 6 NOV – Pemimpin China Xi Jinping mengalu-alu lawatan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron sebagai memberikan rangsangan kepada perdagangan berbilang pihak dan bebas, di tengah ketegangan ekonomi berterusan dengan Washington.

Bercakap pada satu mesyuarat hari ini di Beijing, Xi berkata kedua-dua pemimpin menghantar ‘isyarat lantang kepada dunia mengenai mendukung’ konsep berkembar selain ‘bekerjasama untuk membina ekonomi terbuka.’

Macron memulakan lawatan tiga hari beliau dengan mengumumkan bahawa Kesatuan Eropah telah mencapai satu perjanjian dengan China untuk menghalang pemalsuan produk pertanian seperti keju dan sebagainya. – AP

Presiden Perancis Emmanuel Macron (kiri) mendengar ketika Presiden China Xi Jinping bercakap pada majlis alu-aluan di Great Hall of People di Beijing, kelmarin. – AP